Tindakan Gila Pemandu Memotong Di Garisan Berkembar.


Seorang pemandu lori setelah memuat naik rakaman kamera papan pemuka (dashcam) memaparkan tindakan berani pemandu kereta memotong di garisan berkembar.

Pemandu lori tersebut turut terkejut secara tiba-tiba kereta terbabit menyelit di hadapan kenderaannya dan berada di antara sebuah lagi lori ketika melalui laluan berbukit.


Kemudian, di laluan bertentangan, terdapat juga beberapa kenderaan lain sedang bergerak dan situasi tersebut dilihat sangat bahaya serta berisiko untuk terjadinya kemalangan.

Menerusi video ini, dilaporkan kejadian tersebut berlaku di Jalan Gua Musang ke Kuala Krai sekitar pukul 7.41 pagi kelmarin.

Kalau nak potong lori tunggulah jalan dua lorong, nak laju pergi mana.

Memang jalan ini akan ada pemandu perangai begini, di garisan berkembar pun nak memotong, kalau kemalangan, mati siapa nak disalahkan? Tak sayang nyawa.
 

0/kiriman komen