Tindakan Seorang Penunggang Mengundang Padah


Tindakan seorang penunggang motosikal cuba melepasi seekor gajah ketika melalui Lebuh Raya Timur-Barat menghala ke Jeli, Kelantan akhirnya mengundang padah apabila dikejar haiwan terbabit.

Meskipun sempat berpatah balik, namun tindakan itu menyebabkan gajah berkenaan bertindak agresif terhadap sebuah kereta jenis Proton Preve.

Menerusi klip video ini, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 1.40 tengah hari, Selasa lalu.

Dalam video ini, kelihatan gajah tersebut beberapa kali menolak kereta tersebut sebelum beredar.

Setelah itu, pemandu lori berkenaan turut menegur penunggang motosikal tersebut ekoran tindakannya itu.

“Woi bang, tunggu bagi gajah masuk dulu, baru lintas. Dah susah semua orang. Gajah itu hampir-hampir masuk (hutan) tadi dah. Tak pasal-pasal rosak kereta. Abang tak sabarlah,” katanya.


Sementara itu, menerusi rakaman kamera papan pemuka kereta Proton Preve, kenderaan tersebut dipercayai dinaiki sepasang suami isteri.

Meskipun mengakui cemas ketika berdepan detik itu, namun pasangan terbabit dilihat tenang menghadapi situasi tersebut.
 

0/kiriman komen