Abang Grab Cina Hias Ketupat Dalam Kereta


Seorang pemandu e-hailing berbangsa Cina mendapat pujian orang ramai selepas kegigihannya menghias kereta dengan lampu ‘lip lap’ dan ketupat sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Video ini di rakam  seorang pengguna Thread  yang menaiki kereta pemandu tersebut.


“Pagi tadi ‘on the way’ pergi kerja naik Grab. Sangat menghargai usaha dia walaupun Cina. Dekorasi raya dalam kereta buat kita ‘happy’, tambah pasang lagu raya ye. Kita anak Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, ramai yang memuji usaha pemandu e-hailing berkenaan menghias kenderaannya sempena hari raya.

Aku kalau dapat Grab macam ni, sepanjang perjalanan aku seronok dan gembira.

Terbaik usaha dia, moga bertambah rezeki dia. Macam ni lah orang Malaysia bersatu hati dalam semua perkara tak kira bangsa dan agama.

Dia lagi teruja daripada kita yang Islam nak raya ni. 
 

0/kiriman komen