
Hanya bertiangkan buluh, begitulah keadaan sebuah jambatan sementara yang digunakan oleh penduduk sebuah kampung dipercayai di Sabah.
Menerusi video ini, kelihatan jambatan itu hanya boleh dilalui kenderaan biasa dan difahamkan ia dibina sendiri oleh penduduk kampung.
Meskipun lantainya menggunakan konkrit, namun semua tiang yang menyokong konkrit tersebut hanyalah bertongkatkan buluh.
Bagaimanapun, menurut penduduk kampung berkenaan, tindakan membina jambatan sementara itu adalah sebagai alternatif untuk memudahkan penduduk kampung membawa keluar kenderaan dari kampung.
“Untuk pengetahuan semua ini bukan memburukkan mana-mana pihak, ini kami buat sementara untuk alternatif supaya kenderaan boleh lintas dan pihak kerajaan sudah buat sumbangan membaiki jalan ini."
“Harap kamu faham, tidak ada istilah memburukan keadaan dan YB (Yang Berhormat) kawasan kami sudah melawat dan sudah bagi kelulusan bantuan kilat untuk membaiki jalan tersebut harap tidak ada yang salah faham,”katanya.
Apa yang kita nampak mereka pakai bambu (buluh) sahaja. Tahan berapa lama pakai bambu..
Nak tunggu bantuan taktau bila baru dapat, bagus inisiatif mcm ni menampakkan orang-orang situ berpakat.
Catat Ulasan