
Berpantang maut sebelum ajal, itulah nasib seorang pemandu sebuah kereta jenis Myvi apabila nyaris terlibat dalam kemalangan ngeri membabitkan sebuah treler di Gua Musang, Kelantan kelmarin.
Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) sebuah kedai, treler terbabit yang dilihat bergerak laju bagaimanapun telah merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyata Hilux yang diparkir di sebelah kiri Myvi.
Pemandu Hilux berkenaan sempat lari masuk ke dalam kedai untuk menyelamatkan diri.
Kereta Myvi berkenaan dilihat mengalami sedikit kerosakan akibat bergesel dengan treler tersebut.
“Mujur kereta (Myvi) ini, treler lalu dekat celah dia sebelum terbabas. Ada orang pula dalam kereta Myvi itu. Kalau rempuh tadi itu, Allahuakbar,” kata seorang individu dalam video ini.
Justeru, rata-rata meluahkan rasa terkejut berhubung kemalangan itu dan menyifatkan pemandu kereta Myvi berkenaan sebagai bertuah.
Apa ilmu kau pakai , king?.🤔🤔🤔🤔🤔
Catat Ulasan