
Penumpang yang berada di dalam tren laluan LRT Kelana Jaya gempar dan dikejutkan dengan bunyi letupan dalam kejadian lewat malam tadi.
Rakaman kejadian yang berlaku sekitar pukul 10.30 malam ini turut menunjukkan para penumpang menjerit ketakutan.
Kedengaran letupan kecil berlaku ketika penumpang berada di dalam tren yang sedang berhenti.
Sementara itu, Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dalam pemakluman di Facebook Rapid KL berkata, kerja-kerja baik pulih telah selesai dijalankan dan perkhidmatan tren kini beroperasi seperti biasa.
“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami dan menghargai kesabaran anda,” katanya.
Sebelum itu, Rapid Rail memaklumkan perkhidmatan tren LRT sedang mengalami kelewatan dan tren alternatif diaktifkan berikutan daripada gangguan teknikal di antara Stesen Universiti dan Abdullah Hukum dijangka sehingga tamat waktu operasi.
Catat Ulasan