
Sebuah pesawat kargo FedEx terpaksa mendarat cemas apabila salah satu enjinnya terbakar sejurus berlepas di sebuah lapangan terbang di negeri New Jersey, Amerika Syarikat.
Kejadian berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty selepas pesawat itu mengeluarkan bunyi dentuman yang kuat sejurus berlepas.
Rakaman video ini memaparkan enjin pesawat terbakar ketika ia berada di udara.
“Ia berada di udara selama sembilan minit sebelum melakukan pendaratan cemas di lapangan terbang,” demikian menurut data penerbangan.
Pihak berkuasa berkata, pesawat itu dipercayai terlanggar seekor burung.
“Tiada kecederaan dilaporkan.
“Trafik udara dihentikan seketika sebagai langkah berjaga-jaga tetapi operasi telah disambung semula,” tambahnya.
Catat Ulasan