Geng Baik Tidur Kumpul Sini


Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri semakin dirasai apabila kebanyakan bazar di ibu negara sesak teruk dipenuhi oleh para pengunjung.

Seperti kelaziman, bazar Aidilfitri Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) antara yang menjadi lokasi tumpuan orang ramai untuk ‘mencuci’ mata dan poket.

Menerusi  video ini, jelas memaparkan lokasi berkenaan sesak dengan kenderaan yang kelihatan hampir tidak bergerak malam tadi.


Dari Chow Kit ke Jalan TAR dah mula sesak malam ni, ‘kaw-kaw’. Fikir dulu sebelum masuk.

Geng baik tidur kumpul sini.Ramai pengunjung mengakui mereka hadir ke bazar Aidilfitri Jalan TAR hanya sekadar ‘cuci mata’ sementara menunggu waktu berbuka atau bagi meluangkan masa selepas solat tarawih.

Rata-rata pengunjung bazar berpendapat, mereka lebih memilih membeli pakaian serta kelengkapan Hari Raya Aidilfitri secara dalam talian disebabkan harga ditawarkan jauh lebih murah berbanding di kedai. 

 

kiriman komen