
Seorang penumpang yang dalam perjalanan ke London berkongsi detik cemas apabila pesawat dinaikinya terpaksa berpatah susulan insiden kebakaran di Lapangan Terbang Heathrow kelmarin.
Menerusi video ini, pesawat dinaikinya itu berpatah balik apabila Lapangan Terbang Heathrow ditutup.
“Bila Heathrow memutuskan untuk tutup semasa dalam penerbangan dan anda terpaksa berpatah balik,”katanya lagi.
Pada masa sama, individu berkenaan turut berkongsi peta laluan pesawat berkenaan yang telah pun berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum berpatah balik.
The real “pergi balik hari” (Ini betul-betul balik hari ke London).
Terdahulu di laporkan Lapangan Terbang Heathrow di Britain ditutup selama 24 jam semalam selepas kebakaran besar sebuah pencawang elektrik menyebabkan bekalan elektrik ke lapangan terbang paling sibuk di Eropah itu terputus.
Ekoran penutupan itu juga, kira-kira 1,357 penerbangan sama ada telah dibatalkan, dilencongkan atau ditangguhkan
Catat Ulasan