Kucing Pun Pandai Minta Derma


Seekor kucing dilihat santai ‘melepak’ di tengah bazar Ramadan sambil ditemani bekas derma mencuri perhatian ramai apabila ia seolah-olah sedang meminta sedekah daripada pengunjung yang lalu-lalang.

Menerusi video ini, kucing tersebut kelihatan tidak terganggu dengan suasana kesibukan bazar, malah berbaring tenang tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.


Kelihatan ada juga beberapa pengunjung mengeluarkan telefon pintar masing-masing bagi merakam momen itu.

Tidak kurang juga ada di antara orang ramai mengusap kucing tersebut yang disifatkan sungguh comel dan menarik perhatian.

Derma sahaja la, demi mendapat ‘keber-cat tan’ Ramadan.Ini macam kalau ada 17 ekor kucing, seekor hantar setiap satu bazar.Sebenarnya tak salah tau cara ini sebab nak belikan makanan diaorang bukan murah.


 

0/kiriman komen