
Seorang wanita berdepan pengalaman meloyakan apabila terlihat seekor lipas berada di dalam salah satu mangkuk dihidangkan secara bufet dalam kejadian di sebuah hotel di negeri utara.
Menerusi video ini, wanita itu memberitahu kejadian berlaku sewaktu dia hendak bersahur di hotel berkenaan.
Dia mendakwa telah memaklumkan perkara itu kepada staf hotel berhubung kehadiran seekor lipas di dalam mangkuk berisi cili pada bufet tersebut.
“Saya rakam ni bila kali kedua lipas ni datang. Kali pertama datang, saya dah maklum kepada staf, tapi saya tak nampak mangkuk di situ dibawa keluar. Siap kain buruk tercelup dalam mangkuk kicap situ ada lah."
“Saya dah maklum (staf), tapi mangkuk tu masih kat situ,” katanya.
Ada netizen memberitahu , hotel berkenaan bersih serta tiada sebarang isu.
Selain itu, ada juga yang mendakwa pernah bekerja di sebuah hotel lain serta mendedahkan sisi gelap di sebalik perkhidmatan hotel.
“Pernah kerja hotel, serius pinggan mangkuk berhabuk kotor siap ada sisa makanan lagi lekat pada susu. Tapi pihak hotel suruh lap saja dan hidang kepada pelanggan. Bermula dari situ, tak teringin makan kat hotel,” dakwa individu tersebut.
Catat Ulasan