
Sebuah rumah yang kelihatan daif dari luar, namun mempunyai hiasan dalaman seperti kediaman mewah.
Rumah tersebut terletak di Ogan Komering Ilir, wilayah Sumatera Selatan.
Berdasarkan video ini, rumah kayu itu kelihatan daif dari bahagian luar.
Namun apabila bahagian dalaman dipaparkan, perbezaan ketara dapat dilihat apabila lantainya dilitupi jubin seramik dan permaidani.
Berhampiran pintu, terdapat televisyen yang dipasang pada panel dinding kayu.
Di dalam rumah juga kelihatan sofa yang lengkap dengan hiasan dinding serta lampu gantung.
Turut terdapat adalah meja bar mini yang dilengkapi dengan lampu, selain set dapur yang cantik.
Di sini kita perlu mempelajari bahawa jangan menilai seseorang daripada luaran.
Catat Ulasan