
Seorang penunggang motosikal ‘ditelan’ lubang benam yang terbentuk di tengah jalan di Gangdong, Seoul.
Kejadian berlaku kelmarin (25/3/2025) sekitar pukul 6.30 petang (waktu tempatan).
Menerusi video ini, sebuah motosikal dan kenderaan pelbagai guna (MPV) bergerak melalui satu persimpangan.
Sejurus melepasi simpang tersebut, lubang benam besar tiba-tiba terbentuk dan turut hampir menelan MPV tersebut.
Nasib menyebelahi pemandu MPV itu apabila kenderaannya sempat melantun dan keluar dari tebing lubang benam, berkemungkinan disebabkan kelajuan.
Namun, malang buat penunggang motosikal apabila kenderaannya terus jatuh ke dalam lubang benam, menyebabkan dia hilang.
Kereta perakam kemudian berhenti di tepi jalan sebelum lubang benam dilihat semakin luas sehingga meruntuhkan tiga laluan kenderaan.
Pasukan mencari dan menyelamat meneruskan pencarian pagi ini selepas mereka menemukan telefon bimbit dipercayai milik penunggang motosikal.
Motosikal tersebut turut ditemukan kira-kira 30 meter di bawah tanah pada tengah malam semalam sebelum mayatnya ditemukan pagi itu pada jarak kira-kira 50 meter dari lokasi dia terjatuh.
Sementara itu, pemandu MPV dilaporkan mengalami kecederaan yang tidak mengancam nyawa
Catat Ulasan