Pancing ‘Parcel’ Orang


Sebuah rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan dua individu mencuri bungkusan di dalam kawasan rumah.

Menerusi video CCTV ini, dua lelaki berkenaan dilihat datang menaiki sebuah motosikal sebelum salah seorang daripadanya turun daripada motosikal terbabit dengan membawa sebatang besi.

Lelaki tersebut kemudian dilihat ‘memancing’ bungkusan-bungkusan yang terdapat di dalam kawasan rumah terbabit dan terus beredar selepas mendengar suara penduduk rumah tersebut.


Rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki tersebut selain meminta orang ramai lebih berhati-hati.

Kalau rumah teres yang bukan ‘gated’ begini, sebaiknya barang-barang kita ambil sendiri di parcel hub yang berdekatan.

Selalunya beruk saja yang bawa lari barang ni.Didiklah anak-anak daripada kecil jangan ambil kalau bukan hak kita. Di dunia mungkin terlepas tapi di sana?.

0/kiriman komen