
Sebuah pantai di Iran bertukar menjadi merah seperti darah selepas hujan lebat.
Kejadian berlaku di pantai Perak dan Merah, Pulau Hormuz, Teluk Parsi.
Pantai ‘berdarah’ ini mengejutkan semua orang.
Dalam video ini, air berwarna merah dilihat menuruni tebing memasuki laut di tengah-tengah hujan lebat ketika sekumpulan pelancong berkumpul untuk menyaksikan kejadian aneh itu.
Ia benar-benar sebuah pulau yang unik.Kuasa Tuhan. Sungguh indah dan menakjubkan.
Fenomena itu dilaporkan berlaku kerana tanah di pulau tersebut mengandungi jumlah oksida besi yang tinggi.
Malah, Hormuz dikenali sebagai ‘pulau pelangi’ kerana landskap kaleidoskopiknya yang disebabkan oleh lebih 70 mineral yang terdapat di dalamnya.
Catat Ulasan