
Seorang wanita dipercayai pekerja sebuah syarikat kurier membaling barang yang dihantar di sebuah rumah.
Rata-rata netizen menyuarakan rasa tidak senang dengan tindakan wanita itu yang sepatutnya lebih bertanggungjawab dalam memastikan barangan dihantar kepada pelanggan berada dalam keadaan baik.
Biarpun rumah tersebut mempunyai seekor anjing dalam kawasan pagar, perbuatan itu bukanlah sesuatu yang wajar dilakukan oleh wanita itu.
Netizen berpandangan bahawa pekerja kurier sepatutnya lebih bertanggungjawab dalam memastikan barangan dihantar dengan selamat kepada pelanggan.
Amboi buang macam itu sahaja, tak payah tekan loceng rumah atau letak atas pagar. Kalau macam ini baik jangan buat kerja,.
Itu sebab saya pesan tunai semasa penghantaran, mereka akan tunggu ambil duit.
Dalam situasi macam ini saya pun marah, harap boleh berubah selepas ini.
Catat Ulasan