
Satu rakaman video papan pemuka kenderaan (dashcam) pengguna jalan raya tular di media sosial memaparkan sebuah kereta jenis Proton Saga dipandu secara melawan arus petang semalam.
Menerusi video ini memaparkan kejadian dipercayai berlaku pada pukul 2.39 petang di Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) di sini.
Beberapa buah kenderaan termasuk treler bergerak dalam keadaan baik sebelum tiba-tiba datang sebuah kereta Proton Saga dipandu secara melawan arus.
Pemilik dashcam kenderaan terbabit menjerit kerana terkejut. Kelihatan kenderaan sempat mengelak daripada berlaku kejadian yang tidak diingini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, pihaknya sedang mengesan kenderaan terbabit termasuk pemandunya.
Catat Ulasan