
Seekor sotong gurita Maori bertenggek di atas badan ikan jerung yang sedang berenang.
Penyelidik-penyelidik terkejut melihat sotong Maori jingga itu ‘duduk’ di atas ikan jerung sirip pendek di Teluk Hauraki, luar pantai utara New Zealand pada Disember 2023.
Seorang ahli sains marin, Rochelle Constantine pada mulanya keliru tentang apa sebenarnya yang dilihatnya.
“Pada mulanya, saya menyangka ia boya. Adakah ia (sotong) itu terjerat dengan peralatan memancing atau mengalami gigitan besar?” katanya.
Seorang juruteknik kemudian menerbangkan dron untuk melihat dengan lebih dekat.
Apabila dron itu semakin dekat, mereka dapat melihat sesungut dan mendapati ia adalah sotong gurita bertenggek di atas ikan jerung tersebut dan yang pertama seumpamanya di dunia
Catat Ulasan