Udang Naik Ke Darat


Berjuta-juta udang kecil naik ke darat dan berkumpul di muara sungai di Gorontalo, wilayah Sulawesi.

Rakaman video ini memaparkan penduduk tempatan cuba menangkap udang-udang tersebut. 

Bahkan, ada antara mereka yang meletakkan udang itu di dalam plastik, botol serta baldi yang dibawa dari rumah. 


Seorang penduduk tempatan dikenali sebagai Aripin berkata, dia dan kakaknya bergegas ke sungai berkenaan selepas menerima maklumat daripada warga setempat. 

“Saya terkejut kerana bilangan udang naik ke darat terlalu banyak.  

“Saya bersama kakak segera menangkapnya dengan tangan. Udang yang ditangkap ini saya letak di dalam plastik,” tambahnya. 
 

kiriman komen