
Bahang api yang tersangat panas susulan kebakaran di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights pada pagi semalam menyebabkan penduduk bertindak menyelamatkan diri dengan masuk ke dalam sungai.
Menerusi video ini, kelihatan beberapa individu berada di dalam sungai di Kampung Tengah, Puchong bagi menyelamatkan diri.
Penduduk lari turun ke pinggir sungai melambai mohon dibantu. Bahang api amat panas.
Menurut beberapa pengguna media sosial dipercayai penduduk setempat berkongsi pengalaman berdepan insiden tersebut.
“Saya berlari sambil memeluk tiga kucing. Alhamdulillah selamat,” pengguna bernama Muhammad.
“Keluarga saya yang di sungai. Mak saya, adik-adik saya. Alhamdulillah keluarga saya dah selamat,” kata Caca.
“Keluarga kami lah dalam sungai ni. Kereta cair di rumah. Kami terjun sungai selamatkan diri sebabkan bahang,”kata Nisamin.
Kebakaran di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights pada pagi semalam berpunca daripada kebocoran paip gas sekali gus menyebabkan kebakaran saluran sepanjang 500 meter (m).
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor dipetik berkata, kerja-kerja pemindahan penduduk sekitar sedang dilakukan berikutan kebakaran berlaku berhampiran kawasan perumahan awam.
Catat Ulasan