Pelamin Hampir Runtuh


Sebuah majlis perkahwinan menjadi kecoh seketika apabila pelamin yang tersergam indah hampir roboh gara-gara ditolak seorang kanak-kanak.

Menerusi video ini, kelihatan beberapa individu dipercayai ahli keluarga pengantin berusaha menyelamatkan pelamin tersebut daripada roboh.

Turut kelihatan, pasangan pengantin yang sedang makan di meja beradab hanya mampu melihat keadaan itu dari jauh.

Seorang wanita tampil menjelaskan kejadian berkenaan berlaku berpunca daripada anaknya yang bermain di atas pelamin itu.

“Anak aku main lari-lari dengan kawan sebaya dia. Memang tak sangka anak aku pergi ke sofa pelamin, dia pergi tolak ke belakang."


“Aku ingat hanya sofa itu sahaja yang jatuh, tapi tak sangka ‘backdrop’ tu sekali roboh,” katanya.

Wanita itu berkata, kejadian itu memalukan selain dia berasa geram dengan tindakan anaknya itu.

Bagaimanapun dia berkata, dalam masa sama kejadian itu agak melucukan.

Tindakan wanita tersebut yang menyifatkan kejadian itu menggelikan hati adalah tidak wajar meskipun dia sudah meminta maaf kepada pasangan pengantin berkenaan.

Tak kelakarlah, pengantin geram tau bila jadi begini. Nak datang betulkan satu hal, sebab kasihan pada pengantin. Bertimbang rasalah.

Kalau dia bayarkan pelamin majlis kahwin kita tak apa juga. Penat penat kumpul duit.

Kalau jadi dekat majlis aku, auto hilang mood terus.

0/kiriman komen