Pemandu Iriz Punca Nahas Disaman


Pemandu Proton Iriz yang menyebabkan nahas empat buah kenderaan di kilometer 18, Jalan Seremban-Kuala Pilah telah dikenakan dua saman.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Muhamad Mustafah Hussin berkata, pemandu Proton Iriz berkenaan iaitu lelaki berusia 29 tahun itu melakukan kesalahan memotong garisan berkembar sehingga menyebabkan nahas dan saman kemalangan berjumlah RM600.


Berdasarkan siasatan awal katanya, kejadian berlaku kira-kira pukul 9.45 pagi kelmarin membabitkan dua buah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Wish dan Perodua Aruz serta dua buah kereta jenis Toyota Vios dan Proton Iriz.

“Kemalangan berlaku semasa pemandu Proton Iriz yang bekerja sebagai operator kilang dalam perjalanan dari Nilai menuju ke Kuala Pilah telah memasuki laluan bertentangan dan telah berlaku kemalangan dengan Perodua Aruz."

“Kemalangan itu menyebabkan pelanggaran dengan dua buah kenderaan lain. Bagaimanapun, tiada yang cedera dalam kemalangan ini,” katanya.


 

0/kiriman komen