Rider Mana Pernah Salah


Seorang lelaki mengalami kerugian selepas keretanya ditendang hingga kemik oleh ‘rider’ (penghantar makanan) yang berang apabila ditegur menunggang secara berbahaya.

Menerusi video ini memaparkan penghantar makanan itu melawan arus dan menyelit secara berbahaya.

“Bila hon sikit suruh alert (berjaga-jaga) mengamuk suruh turun untuk bergaduh. Bila kita ni malas layan, ditendang pula sampai kemik kereta saya,” katanya.


“Bila kita dah turun, lari pula. Sesiapa kenal, maklumkan kepada saya nak kenal lebih mendalam,” tambahnya.

Tindakan agresif yang ditunjukkan oleh penghantar makanan tersebut meraih kecaman orang ramai dan menyaran pemilik akaun tersebut membuat laporan polis dengan segera kerana bukti video sudah ada.

Nombor plat dah dapat.Buat laporan polis. Sekejap aja nanti menangis-nagis mintak maaf dekat balai. Paling penting, jangan tarik ‘report’. Biar dia naik mahkamah.

 

0/kiriman komen