
Sebanyak 12 buah kereta termasuk dua motosikal bersusun terlibat dalam satu kemalangan di Lebuh Raya Butterworth-Kulim Expressway (BKE) gara-gara sebuah kenderaan hilang kawalan pagi kelmarin.
Kemalangan itu didakwa menyebabkan kesesakan sejauh 7 kilometer.
Menerusi video ini, memaparkan deretan kenderaan yang rosak teruk, termasuk Perodua Kancil, Myvi dan Toyota Alphard.
Kereta-kereta dilihat tersusun sepanjang laluan lebuh raya selepas berlaku pelanggaran berturut-turut.
Itulah padahnya kalau ikut rapat sangat dan bawa laju. Memang tak sempat nak buat apa-apa.Bila yang depan ada masalah, habis semua kat belakang. Memang tak sempat brek.
Difahamkan, kemalangan tersebut menghalang laluan lorong kecemasan dan lorong kanan selama beberapa jam sebelum kerja-kerja mengalihkan kenderaan selesai.
Catat Ulasan