Bantah Jalan 4 Bonggol


Empat bonggol dibina pada jarak dekat di sebatang jalan di wilayah Jawa Tengah, Indonesia.

Keempat-empat bonggol itu terletak di hadapan Pusat Pemerintah Klaten. 

Menerusi video ini menunjukkan sebuah lori muatan tong gas nyaris hilang kawalan selepas melalui bonggol-bonggol itu. 


Pelanggaran itu menyebabkan beberapa tong gas yang dibawa melambung ke udara dan hampir jatuh. 

Bahkan, kesemua bonggol itu dibina pada  jarak yang sangat rapat.

Pihak berkuasa mengesahkan bahawa bonggol tersebut dibina oleh penduduk tempatan yang tinggal di kawasan itu. 

“Meskipun tujuan pembinaan bonggol adalah untuk  mencegah kenderaan daripada melaju, ia mampu mencetuskan  kemalangan." 

“Kami telah mengerahkan jabatan berkaitan untuk merobohkan bonggol-bonggol itu,” tambah pihak berkuasa. 
 

0/kiriman komen