Disangka Todak


Seekor jerung goblin yang jarang ditemui dan hidup di laut dalam, dirakam buat kali pertama di sebuah pulau di Sepanyol.Jerung itu muncul pada permukaan laut di pantai San Cristobal, Pulau Gran Canaria.

Menerusi video ini memaparkan jerung tersebut berenang pada permukaan laut sebelum menunjukkan giginya yang tajam. 

Penemuan luar biasa itu dibuat oleh sepasang nelayan, Marcos Hernandez dan Ramon Santara, yang sedang memburu ikan pada kedalaman 900 meter. 


Menurut Hernandez, dia dan rakannya tidak mengenali spesies jerung itu sehingga mereka menangkapnya. 

“Pada mulanya, kami menyangka hidupan marin itu adalah ikan todak kerana ukuran saiz muncungnya yang panjang."

“Jerung itu juga berkulit kasar. Selepas mencari maklumat di online, kami mengetahui spesiesnya,” tambah Hernandez. 

Ia merupakan penemuan pertama jerung spesies itu di perairan tersebut. 
 

0/kiriman komen