Ikan Setia Menunggu


Beberapa ekor ikan haruan setia menunggu tuannya untuk diberi makan setiap hari, biarpun sudah hampir tiga minggu lelaki tersebut meninggal dunia.

Menerusi video ini,seorang pemilik akaun media sosial  memaklumkan, sebelum ini bapanya sering memberi makanan kepada hidupan air tersebut.


“Hampir tiga minggu dah tuan ikan kembali ke negeri abadi. Ikan pun macam sedih tuan dia tak ada dah. Arwah abah bagi makan nasi putih, habuk kelapa, kulit ayam."

“Hari-hari tuan bagi makan. Tuan asal tak ada dah, kami anak-anak lah bagi makan pula kat ikan. Pagi, tengah hari tuan dia bagi makan,” katanya .

Lelaki itu memberitahu, bapanya meninggal dunia akibat serangan jantung.

Tengok mata ikan tu pun dah sedih.Mesti tuan dia bagi makan sambil bercakap. Tu yang ikan rindu.

 
 

0/kiriman komen