
Beberapa ekor lembu dilaporkan berkeliaran dan bersantai di atas jalan raya yang menghubungkan laluan Subang Jaya ke Glenmarie kelmarin, sehingga menimbulkan kekecohan dalam kalangan pengguna ekoran membahayakan keselamatan lalu lintas.
Menerusi video ini, lembu-lembu berkenaan dilihat berkumpul di tepi jalan dalam keadaan tenang, seolah-olah tidak menyedari bahaya yang wujud.
Beberapa kenderaan juga dilihat berhenti secara mengejut setelah menyedari keberadaan sekumpulan lembu terbabit selepas melalui jalan selekoh.
Ini iklan korban raya haji kah?.Dah dekat raya korban, banyak la drama lembu.
Agak-agak pemilik lembu nak mengaku tak itu dia punya lembu.
Kalau ada yang mati, dengan pemilik senyap lepas tanggungjawab. Nak beli lembu pandai, nak jaga tak pula reti. Kau cuai, orang lain boleh hilang nyawa.
Catat Ulasan