SUV Rempuh Restoran KFC


Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) merempuh masuk ke dalam restoran makanan segera KFC dalam kejadian yang dipercayai berlaku di persimpangan lampu isyarat di Sitiawan, Perak malam kelmarin.



Menerusi video ini memaparkan SUV berkenaan berada di dalam premis berkenaan dengan keadaan remuk teruk di bahagian hadapan.

Kenderaan tersebut dikatakan melanggar lampu isyarat sebelum hilang kawalan lalu merempuh restoran terbabit.

Difahamkan kereta tersebut dipandu seorang remaja dan kejadian terbabit mengakibatkan enam sekeluarga cedera.

Bagaimanapun, keadaan pemandu serta jumlah mangsa yang terlibat masih belum dapat dipastikan setakat ini. 
 

0/kiriman komen