
Sebuah bot laju yang sedang bergerak pada kelajuan lebih 320 kilometer sejam terpelanting ke udara ketika melakukan percubaan memecah rekod.
Insiden berlaku semasa acara bot Desert Storm Shootout, Sabtu lalu.
Video yang dirakam di Tasik Havasu, negeri Nevada menunjukkan bot Skater 388 yang berkekuatan 10,000 kuasa kuda meluncur laju di atas air apabila ia tiba-tiba ‘terbang’ di udara.
Bot tersebut membuat dua pusingan 360 darjah sebelum muncungnya terjunam terlebih dahulu ke dalam tasik dan menghasilkan percikan air besar.
“Selepas beberapa saat keadaan cemas, kedua-dua pemandu dan pengendali pendikit keluar dari kokpit."
Mereka tidak cedera tetapi dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan lanjut.
Catat Ulasan