
Sayu hati melihat seekor anak gajah kehilangan ibunya selepas dipindahkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).
Menerusi video ini, anak gajah itu dipindahkan oleh dua ekor gajah denak bernama Indah dan Suria.
Paling menyentuh hati apabila anak gajah tersebut kelihatan akur dan menurut setiap langkah dua ekor gajah denak itu sambil diawasi petugas Perhilitan.
Dua ekor gajah denak Indah dan Suria pindahkan anak gajah yang tidak tahu kemana ibunya.
Usia anak gajah yang muda itu membuatkan orang ramai tertanya-tanya di mana ibunya dan sejak bila ia hidup bersendirian.
Ramai berharap anak gajah tersebut dapat disatukan semula bersama ibunya tidak lama lagi.
Kasihannya anak gajah ini, mesti terlepas daripada ibunya. Ibunya pula mesti akan mencari anaknya. Semoga dapat disatukan.
Tolonglah cari mak dia, mesti dia mencari anaknya tu. Sebab kasih sayang ibu gajah ni tiada tandingannya.
Selain itu ada juga mencadangkan agar anak gajah tersebut menjadi pengganti kepada anak gajah yang mati dilanggar lori ayam di Gerik beberapa bulan lalu.
Gantikan anak gajah yang mati ni dekat ibu gajah yang sedih anak dia kena langgar hari tu.
Bagilah ibu gajah yang kehilangan anak tempoh hari. Bagi dua-dua merasakan kasih sayang walau tak sama.
Catat Ulasan