
Seorang wanita mengalami detik mengejutkan ketika berjoging apabila melihat bangkai ikan memenuhi permukaan air sekitar Sungai Melaka, Melaka.
Menerusi video ini menunjukkan bangkai ikan memenuhi sungai berkenaan dengan bau busuk yang didakwa sangat kuat sehingga memaksa individu yang merakam pemandangan ini berpatah balik.
“Tengah syok joging tiba-tiba ada bau kuat sangat, ingatkan monyet atau biawak mati sekali tengok sungai penuh bangkai ikan terapung. Habis sudah Sungai Melaka tempat kita berjoging, terus patah balik,” katanya.
Kebanyakan orang ramai berpendapat kemungkinan punca kejadian adalah pembuangan bahan kimia oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Ini mungkin datang dari pencemaran oleh pembuangan bahan kimia kilang sekitar itu, kesian betul ikan-ikan ini.
Kalau tak pun ini mesti air tercemar dengan minyak kapal yang lalu dekat situ.
Orang ramai turut menggesa pihak berkuasa tempatan supaya segera menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pencemaran yang berlaku.
Mana pergi pihak pengurusan Melaka? Tak reti nak ambil tindakan ke denda orang yang buang sisa yang mencemarkan air sungai? suruh mereka bersihkan sekali air Sungai Melaka.
Memang tiada tindakan pantas daripada penguat kuasa ke? Memang biar reput dulu dan berbau macam ini ke?
Catat Ulasan