Kau Hon, Kau Terpaling Betul


Seorang pengguna jalan raya meluahkan rasa kecewa apabila laporan polis yang dibuat tidak mendapat respons sewajarnya selepas dia diekori dan dikejar oleh pembuli jalan raya.

Menerusi video ini, kejadian bermula apabila beliau enggan memberi laluan kepada sebuah kenderaan yang cuba memotong barisan panjang secara tidak sopan ketika kesesakan lalu lintas pada waktu pagi.


Ekoran itu, dia mendakwa diekori oleh suspek dan membunyikan hon berulang kali sehingga tiba di satu lokasi.

Berasa tidak selamat dan terganggu, mangsa membuat laporan polis berhubung insiden tersebut. Namun, jawapan yang diterima daripada pihak berkuasa mengecewakan.

“Awak kena open minded. Selagi tak cedera, tak ada masalah dan jalan raya kenalah bertolak ansur,” katanya.

Dengan signal (lampu isyarat) tak bagi (beri), memang tidak akan ku mengalah lah jawabnya.

Kiranya kau hon, kau terpaling betul lah tu?.Ada juga orang macam ini.

0/kiriman komen