Lepas Akad Nikah Terus Minta Cerai


Seorang pengantin perempuan meminta untuk bercerai sejurus selepas suaminya melafazkan akad nikah.

Kejadian berlaku di Penukal Abab Lematang Ilir, wilayah Sumatera Selatan. 

Menerusi rakaman video ini menunjukkan pasangan pengantin itu sedang duduk di hadapan wali semasa akad nikah. 


Suasana ceria bertukar tegang apabila pengantin perempuan tiba-tiba mahu bercerai. 

“Saya mahu diceraikan. Saya tidak suka (perkahwinan) kerana dia (calon suami) melecehkan saya. Saya mahu bercerai,” kata wanita itu sebelum beredar. 

Menurut pengantin lelaki, dia tidak akan menceraikan isterinya yang baru dinikahi. 

Seorang penghulu kemudian menenangkan keadaan dan meminta permasalahan tersebut dapat diselesaikan bersama keluarga. 

Masih belum jelas mengenai punca penceraian itu
 

0/kiriman komen