Main Rembat Saja Kucing Itu


Tindakan seorang lelaki yang dipercayai dengan selamba mengambil seekor kucing peliharaan mengundang kemarahan orang ramai selepas rakamannya tular semalam dipercayai berlaku di sebuah stesen minyak di Rengit, Batu Pahat, Johor.

Menerusi video ini yang juga pemilik kucing itu, dia merayu agar haiwan kesayangannya itu dipulangkan semula.
 

“Tolong pulangkan balik kucing itu,” katanya.


Lelaki terbabit  di rakam terus mengangkat kucing tersebut yang sedang duduk di depan pintu masuk dan membawanya terus keluar selepas selesai membayar minuman di kaunter.

Kalau kucing itu cantik, bersih mestilah ada orang jaga dia. Kenapalah main ambil je.Aku kalau kucing elok macam itu, memang aku tak berani nak ambil sebab kita tengok pun tahu mesti ada yang jaga dia.


0/kiriman komen