Mengamuk Sebelum Kena Sembelih


Suasana di sebuah kawasan penyembelihan kecoh seketika apabila seekor lembu bertindak agresif sehingga merempuh dan menjatuhkan beberapa buah motosikal yang berada berhampiran haiwan tersebut.

Menerusi video ini, haiwan berkenaan kelihatan ‘naik angin’ dan enggan memberi kerjasama meskipun beberapa individu cuba menenangkannya.


Lebih menghiburkan, orang ramai yang berada di situ hanya mampu berdiri cuak dan terpaku, tanpa sempat menyelamatkan motosikal masing-masing yang menjadi mangsa amukan lembu tersebut.

Dah tau nak buat korban sibuk letak motor dekat kawasan situ, siapa suruh cari sakit…nasiblah pada tuan badan, modal sendiri.

Bukan dia dikorbankan. Dia korbankan motorsikal awak.Pandai lembu tu..mesti dalam hati berbisik..alang-alang aku nak kena korban..apa kata, aku bagi manusia berkorban dengan aku dihari mulia ni.
 

0/kiriman komen