Nahas Belon Udara Panas


Sekurang-kurangnya lapan orang maut, manakala 13 lagi terselamat selepas belon udara panas yang dinaiki mereka terbakar lalu terhempas di selatan Brazil.

Kejadian berlaku sekitar pukul 8 pagi (waktu tempatan) di bandar Praia Grande, negeri Santa Catarina. 

Rakaman video ini menunjukkan belon udara yang membawa 21 penumpang dijilat api sebelum mengempis lalu terhempas ke tanah. 


Ketua Polis Praia Grande, Tiago Luiz Lemos berkata, seramai 13 orang terselamat termasuk juruterbang. 

“Juruterbang cuba melakukan pendaratan cemas dan mengarahkan penumpang untuk melompat keluar apabila belon udara itu menghampiri tanah."

“Walaupun 13 penumpang berjaya melompat keluar, lapan lagi gagal menyelamatkan diri. Tanpa berat yang lain, belon itu tuba-tiba terapung semula,” kata Lemos. 

Ketua Pasukan Polis Santa Catarina, Ulisses Gabriel menyatakan bahawa tiga daripada mangsa berpelukan antara satu sama lain semasa kejadian. 

Siasatan sedang giat dijalankan untuk mengenal pasti punca kebakaran.


 

0/kiriman komen