Padah Parkir Merata


Lima buah kenderaan yang diletakkan berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Glenmarie, Shah Alam, dipercayai terlibat dalam satu insiden langgar lari .

Menerusi video ini, kelihatan beberapa kereta mengalami kerosakan pada bahagian hadapan dan sisi kanan.

Difahamkan, pemandu yang terlibat dalam kejadian itu masih belum dikenal pasti dan tiada sebarang nota makluman atau permohonan maaf ditinggalkan di lokasi kejadian.

Balik kerja hari ini nampak banyak kereta kena seret. Sudahlah tidak tinggalkan sebarang nota tertulis maaf sekalipun.


Sakit betul tengok damage (kerosakan) kereta walaupun bukan kereta sendiri yang kena. Tak dapat bayang kalau diri sendiri punya kena.

Ramai yang meluahkan rasa simpati terhadap pemilik kenderaan terbabit memandangkan situasi di stesen LRT tersebut tidak mempunyai ruangan parkir yang mencukupi.

Kesian gila kereta-kereta yang kena ni. Terkejut tengok semalam balik kerja. Bertabah owner (pemilik) kereta. Lagi satu, mana yang mengecam mulut puaka tu, dorang taktahu agaknya parking kereta dekat LRT Glenmarie ni memang sangat terhad. Jadi kalau dalam penuh memang terpaksa parkir sisi jalan macam ini.

Cuba buat parkir 10 tingkat terus kan senang. Bayar setiap bulan tiada orang nak letak kereta tepi jalan.

Orang ramai turut berpendapat insiden berkenaan wajar dijadikan pengajaran kerana kereta-kereta tersebut diletakkan di kawasan yang menghalang laluan bagi kenderaan lain.

Dah tempat itu bukan tempat parkir. Bayangkan bas nak keluar situ macam mana. Lagi kesian dekat bas sebab menyusahkan dia nak keluar masuk situ.

Kiri kanan parkir kereta. Bas nak lalu tak lepas, sekarang mendapatlah. Jangan selfish @ pentingkan diri.
 

0/kiriman komen