
Seorang pengantin perempuan di Indonesia menangis bahkan pengsan selepas melihat dekorasi majlis perkahwinannya yang dikatakan buruk dan serba tidak lengkap.
Majlis perkahwinan itu berlangsung di bandar Serang dalam wilayah Banten, 15 Jun lalu.
Rakaman ini menunjukkan wanita terbabit sedang berjalan ke arah pelamin dalam keadaan lemah sambil menangis teresak-esak.
Dia kemudian pengsan sebelum dibantu oleh ahli keluarga dan tetamu undangan.
Pengantin perempuan bernama Wiwin Wulandari meluahkan rasa terkilan apabila hiasan pelaminnya bukan sahaja buruk, malah kotor.
Dia turut memilih pakej hiasan yang paling mahal daripada sebuah syarikat pengusaha majlis perkahwinan dan telah melunaskan bayaran penuh.
Tak perlu bayar kalau tidak sama dengan apa yang kita harapkan.Kahwin sekali seumur hidup! Mohon maaf 1,000 kali pun tidak akan selesai.
Catat Ulasan