
Lembu sado seberat 1.1 tan yang diberi nama Kiko menjadi perhatian netizen apabila haiwan berusia tiga tahun itu bakal dikorbankan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, esok.
Difahamkan, Kiko telah selamat tiba di Masjid Meranti, Puchong untuk ibadah korban yang dianjurkan pihak Ikhlas.com.
Menerusi video ini, Kiko kelihatan tenang namun wajahnya seolah-olah menyimpan kesedihan, seakan memahami pengorbanan besar yang bakal dilakukan.
Dia tidak berkata apa-apa, namun renungan matanya seolah memahami, seakan tahu perjalanan ini adalah satu pengorbanan suci demi meraih reda Ilahi.
Semoga dipermudahkan segala urusan semuanya.Kiko pun nampak sedih.Selamat jalan Kiko saya.
Catat Ulasan