
Seorang penunggang motosikal mengalami kemalangan selepas melanggar pembahagi jalan akibat tidak menyedari kewujudan tembok itu.
Insiden itu dipercayai berlaku ketika lelaki berkenaan cuba memasuki laluan susur kiri, namun tidak sedar ada pembahagi jalan konkrit di hadapannya.
Ramai mempersoalkan ketiadaan cat hitam putih pada struktur pembahagi jalan tersebut yang didakwa menyukarkan pengguna melihatnya.
Dulu kan semua pembahagi jalan ada cat hitam putih. Sekarang kebanyakannya sudah tiada. Jadi tidak dapat nak pastikan sama ada jika ia sama rata dengan jalan raya atau tidak.
Abang ini dia ingat jalan tu rata sahaja ke? Sudahlah topi keledar tak pakai. Tak pasal-pasal sekarang kena duduk hospital tiga bulan. Apa-apapun semoga abang ini cepat sihat.
Satu, salah dia sendiri sebab main lalu macam itu sahaja dan salah JKR sebab tiada tanda yang sesuai pada pembahagi jalan.
Catat Ulasan