Berangan Sambil Langgar Lampu Merah


Tindakan dua penunggang motosikal masing-masing dipercayai melanggar lampu merah dan leka mengambil selekoh mencetuskan kemalangan kecil.

Menerusi video ini memaparkan kemalangan membabitkan dua buah motosikal di satu persimpangan jalan.

Insiden berlaku apabila salah seorang penunggang motosikal dilihat melanggar lampu isyarat merah, manakala seorang lagi yang datang dari arah selekoh terbabas ketika mengambil ‘side’ lalu melanggar penunggang pertama.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka tidak mengalami kecederaan serius.


Eloklah… seorang langgar lampu merah, seorang lagi berangan.

Abang, kalau tunggu lampu hijau sekejap apa salahnya. Tapi nak buat macam mana kan, bila dah berjodoh memang bercium jalan lah bersama-sama.

Kemalangan paling bosan dalam sejarah..

0/kiriman komen