‘Gusti’ Dalam Pesawat


Tindakan sekumpulan wanita bercakap dengan suara kuat dalam sebuah pesawat meskipun lampu kabin telah dipadam mencetuskan pergaduhan dengan seorang penumpang lelaki.

Video ini memaparkan insiden itu berlaku dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Chengdu, China apabila lelaki terbabit menegur kumpulan wanita berkenaan supaya memperlahankan suaranya.

Lelaki itu cuba melindungi diri di bawah dulang tempat duduk penumpang ketika diserang.


Difahamkan, teguran itu dikatakan disampaikan dengan kata-kata kesat sehingga mengundang kemarahan kumpulan wanita tersebut, sebelum seorang daripada mereka bertindak menumbuk lelaki terbabit.

Mungkin mereka ada masalah pendengaran kalau dalam gelap, itu yang tak reti yang cakap perlahan.

Susah sangat ke duduk diam dan nikmati ketenangan sepanjang penerbangan?.

Adakah mereka tidak tahu jika bergaduh di dalam pesawat boleh membahayakan penumpang lain?”



 

0/kiriman komen