
Seorang lelaki yang mendakwa melihat satu kelibat makhluk halus ketika mendaki di Bukit Jugra, Banting.
Menerusi video ini memaparkan kelibat misteri itu dirakam secara tidak sengaja ketika dia memanggil rakannya yang berada di hadapan.
Apa yang menariknya, kelibat tersebut dilihat seakan-akan memakai pakaian tradisional pahlawan zaman dahulu.
“Pagi tadi solo naik bukit, aku saja rakam cari Kak Mala dekat depan, aku sorang dekat belakang dan tiada sesiapapun di belakang."
“Jadi bila aku tengok semula video ini tiba-tiba ada sorang dekat belakang aku tapi lepas beberapa saat kemudian sudah tiada sesiapa?” ujarnya .
Ramai mengakui kawasan itu memang ‘keras’ dan sering dikaitkan dengan kejadian mistik.
Kawan saya pernah kena juga. Dia cakap mula-mula ada orang dekat belakang dia tapi dia laju sahaja ke depan. Lama-lama dia tengok sudah tiada orang.
Lain kali dalam hutan jangan panggil orang jerit-jerit macam ini takut benda lain menyahut ye. Bukit Jugra itu tempatnya keras.
Dalam hutan jangan panggil nama kawan itu sebut ‘woo’ atau ‘yuhuu’ sahaja.
Catat Ulasan