Pakai Lesen Otak Pun Kena Pakai


Tindakan sebuah kereta Perodua Myvi berwarna hitam yang diparkir sesuka hati di selekoh laluan kenderaan berat di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban mencetuskan kemarahan ramai, selepas satu video menunjukkan sebuah lori sukar untuk melepasi laluan berkenaan.

Menerusi video ini, kelihatan pemandu lori terbabit terpaksa membunyikan hon beberapa kali sebelum pemilik kereta tersebut muncul berjalan perlahan.


Bila pasangan bercinta yang memandu, terasa dunia ni dia orang yang punya. Kita bagai nak rak hon, dia datang berlenggang sambil pegang-pegang tangan.

Kita memandu ini bukan setakat pakai lesen je, otak pun kena pakai juga.

Tindakan tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja menyusahkan lori, malah turut menyebabkan kesesakan apabila kenderaan lain di belakang turut tidak dapat bergerak keluar dari kawasan tersebut.

Nasib baik abang jenis penyabar… kalau saya, jalan je kalau dah tunggu lama sangat… saya baran abang.

Tahniah owner (pemandu lori), lebih memilih sabar dari khianat. Semoga Allah tinggikan darjat.

Saya paling takut nak parkir dekat-dekat dengan kenderaan besar ni. Tapi apa fikiran mereka ya? Nanti langgar kata pemandu tak nampak. Aduhai pentingkan diri sendiri betul mereka ni.
 

0/kiriman komen