
Tindakan seorang penghantar makanan (p-hailing) yang memancung masuk ke laluan kiri secara tiba-tiba telah mengakibatkan pelanggaran dua buah kereta sehingga mengundang kecaman ramai di media sosial.
Menerusi video ini, kejadian berlaku apabila penunggang motosikal terbabit memasuki lorong kiri tanpa memberi sebarang isyarat, menyebabkan sebuah kenderaan terkejut lalu merempuh sebuah Perodua Ativa di hadapannya.
Lebih mengejutkan, penunggang terbabit dilihat pergi begitu sahaja selepas kejadian.
Ramai pengguna media sosial marah terhadap tindakan penunggang terbabit yang tidak bertanggungjawab serta membahayakan pengguna jalan raya lain.
Elak orang yang bersalah… tiba-tiba yang tak bersalah jadi mangsa. Yang salah lari.
Jauh dia dari garisan tiga tiba-tiba sailang nak masuk simpang… memang tak sayang nyawa.
Nasib baik ada dashcam… kalau tak, pemilik Ativa tu dah kena tuduh dia yang langgar.
Catat Ulasan