SMK Di Merlimau Melaka Terbakar


Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum di Merlimau dekat sini terbakar kira-kira pukul 5.30 pagi tadi, melibatkan empat bilik guru dan sebuah pejabat pentadbiran di tingkat satu.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau, Pegawai Bomba Kanan I Mohd. Sukur Md. Ali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.36 pagi menerusi talian MERS 999.


“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO), didapati kebakaran berlaku di empat bilik guru serta pejabat pentadbiran di tingkat satu bangunan sekolah. Kebakaran melibatkan keluasan anggaran 120 x 20 kaki persegi dengan kemusnahan kira-kira 80 peratus."

“Operasi pemadaman menggunakan dua aliran sepanjang 200 kaki dan tiga pancutan air dari pili bomba berhampiran. Setakat pukul 7 pagi ini, kerja-kerja pemadaman masih diteruskan dan tiada sebarang kecederaan setakat ini,” katanya.

 

0/kiriman komen