Tiba-Tiba Keluar Asap



Sebuah lori kayu yang tiba-tiba mengeluarkan asap putih berkepul-kepul ketika dipandu di sekitar Kota Bharu, Kelantan.

Menerusi video ini memaparkan lori berkenaan berhenti di bahu jalan akibat asap yang tebal sehingga menghalang pandangan dan laluan kenderaan lain

Entah kenapa lori kayu tiba-tiba mengeluarkan asap putih berkepul-kepul di tengah jalan tapi bukan terbakar.

Namun, lori kayu tersebut dilihat kembali normal seperti sedia kali selepas beberapa minit.

Kejadian tersebut berkemungkinan berpunca daripada masalah diesel runaway, iaitu keadaan enjin diesel beroperasi tanpa kawalan pada kadar kelajuan tinggi.

“Masalah ‘diesel runaway’, lori memang selalu jadi begini. Ada cara dia nak kembalikan baik semula. Geng lori mesti tahu ini.


Ini kita kata ‘diesel runaway’. Sesekali pergi letakkan minyak RON97 dalam tangki minyak tak sampai RM10 pun. Selepas itu isi bagi penuh untuk melancarkan laluan diesel.

Dalam pada itu, orang ramai turut berkongsi pengalaman mereka menghadapi situasi yang sama dengan pemandu lori dalam klip tular tersebut.

Ayah  kawan saya bawa lori, lima kali jadi macam ini, enjin hidup walaupun cabut buang kunci dia akan mati sendiri apabila asap itu habis. Mula jadi, beliau  takut dan dia jauhkan diri daripada lori, tapi selepas itu dia sudah okay semula siap jaga jalan lagi.




 

0/kiriman komen