
Tindakan pantas dan berani seorang anggota polis trafik menyelamatkan seekor anak kucing amat di puji.
Menerusi video ini, kelihatan anggota terbabit sanggup menggadaikan nyawanya demi menyelamatkan anak kucing terbabit.
Misi Kemanusiaan. Menyelamatkan anak kucing yang hampir-hampir menjadi mangsa kemalangan, syabas dan tahniah anggota yang memberikan bantuan.
Berdasarkan klip video ini, anggota berkenaan telah memberhentikan sebuah kereta ketika anak kucing terbabit melintas jalan sebelum menyorok di bawah kenderaan itu.
Bagaimanapun, anggota terbabit berjaya menangkap haiwan itu sebelum dibawa ke tempat yang selamat.
Difahamkan kejadian tersebut dirakam di sebuah kawasan sekitar daerah Sandakan, Sabah.
Terima kasih abam trafik kerana telah menyelamatkan anak kucing itu, mesti anggota ini pencinta kucing. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki.
Alhamdulillah, walaupun dalam keadaan yang agak merbahaya, tapi Allah bagi perlindungan buat seorang insan yang mulia hatinya. Terima Kasih Allah, Terima kasih abam polis.
Catat Ulasan