Berterabur Durian Atas Jalan


Sebuah insiden langgar lari mencuri tumpuan apabila beberapa biji durian berterabur di atas jalan, selepas seorang penunggang motosikal melarikan diri sebaik merempuh sebuah kereta dalam perjalanan ke Cameron Highlands, baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.37 petang itu, pemilik kereta dikatakan dalam perjalanan bercuti ke pusat peranginan tanah tinggi berkenaan sebelum kenderaan dipandunya dilanggar dari sisi.

“Ahad, 24 Ogos 2025. Baru nak naik Cameron Highlands dah kene langgar tepi kereta dengan motor ni, sibuk sangat tengok phone (telefon) sambil bawa motor sampai langgar orang lepas itu lari,” katanya.

Rakaman dashcam ini memaparkan lelaki berkenaan membuat pusingan U sebelum cuba memecut meninggalkan lokasi.


Bagaimanapun, pemandu terbabit segera bertindak memecut kenderaan untuk mengejar si pelaku.

Beberapa biji durian yang dibawa penunggang motosikal tersebut kelihatan bertaburan di atas jalan ketika dia cuba melarikan diri.

“Bahagian akhir durian dia pun jatuh dari motor. Sanggup dia tinggalkan…orangnya hilang, durian kami ambil,” katanya.


 

0/kiriman komen